Klaka Giler!!
Message: Message: citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad
endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..
Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah
untuk meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun
membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik
ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk
memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada
teman baru. Sebelum tu
awak
mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu
gambar awak, Nanti
awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan
kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci ..........
Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor
tersebut
tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami
dah bertiga!!!
Citer 6
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda
dan kebetulan pada
jalan
pulang terserempak dengan kawanya yang ingin
menumpang, lalu
ditumpangkan
kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya
merasakan Tok Batin hanya
mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah
kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai
gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????
Citer 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat ...
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik
ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"
Citer 8
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala
kisah 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah
matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti,
boleh ke saya
membaca
macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab
doktor. "Oh, gembiranya. Dah
lama
saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya
membaca," kata lelaki
itu dengan riang.
kisah 2
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang
menunggu sebuah klinik,
Shan
terpandang Amin sedang menangis teresak-esak.
Dia segera mendekati
Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
kisah 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos
untuk menghantar surat ...
Cucunya bertanya bila melihat atoknya
memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap
atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat
kawan atok duduk dalam tong
merah tu?"
kisah 4
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat
sebuah hospital untuk
menyiasat
punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas
memeriksa mayat-mayat
itu,
dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding,
apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan
mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga disambar petir..
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil
gambarnya...